Assalamualaikum….
Skejap sgt mase berlalu kn... rsnye baru je kite stat puasa, tp arini dah 20 Ramadhan 1430H.. mknenye tinggal 9-10 hari sj lagi sbelum Ramadhan tahun ini brlalu meninggalkan kite semue...
Sebenarnye byk amalan yg blh dlakukn utk mncari pahala yg berlipat kali gnda nilainya di bulan ini.
Dlm sebuah Hadis ada mnyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. brkata yg brmaksud:
" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga".
(Hadis Riwayat Bukhari)
Malam Lailatul Qadar antara saat yang dinantikan oleh semua insan. Malam yang dijanjikan oleh Allah iaitu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.
Firman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Qur’an) ini pada malam al-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadar itu?. Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar".
Antara amalan-amalan yg dgalakkn di hari-hari terakhir Ramadhan adlh:
- baca Al-Quran
- bykkn amalan berzikir, bersalawat, bertasbih
- berdoa segala yg baik2
- qialmullail dan solat sunat
- beristighfar
Melalui pembacaan Aimar, bnyakkn beristighfar setiap hari.. smoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, Insyaallah. Baca ‘ASTAGHFIRULLAAHAL’AZHIIMA WA ATUUBU ILAIHI’ byk2..
Mase brlakunye malam Lailatulqadar itu drhsiakn oleh Allah SWT supaya stiap umat Islam mnghayati 10 malam yg akhir drpd Ramadhan dgn amal ibadat. Dgn bribadah di 10 malam terakhir ni, mudah-mudahan akn dpt kite mnemuinye sbagai bkalan kehidupan akhirat..Insyaallah..
0 ulasan:
Catat Ulasan